BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, November 24, 2009

laporan program wacana bicara ummah

TARIKH : 14 NOVEMBER 2009

TEMPAT : DEWAN SEMINAR MASJID NEGERI SHAH ALAM

SHAH ALAM, 14 NOVEMBER 2009 – Telah berlangsungnya Program Wacana Bicara Ummah Hapuskan Undang-undang Syariah di Masjid Negeri Shah Alam. Seramai 5 orang ahli GPTD Unisel yang mengikuti Program Wacana tersebut. Perjalanan ke Shah Alam mengambil masa 1 jam untuk sampai ke destinasi.

Pada jam 8.45 pagi, ucapan alu-aluan telah disampaiakan oleh pengerusi ABIM. Seterusnya, ucaptama yang bertajuk “Syariah Sebagai Satu Cara Hidup” telah disampaikan oleh Dato Paduka Dr. Zaleha Kamarudin, Timbalan Ketua Pengarah IKIM. Beliau meyampaikan ceramah yang bertajuk Pelaksanaan Undang-Undang Syariah : Tiga Cabaran Kritikal.

Beliau telah menyenaraikan tiga cabaran kritikal dalam pelaksanaan Undang-undang Syariah di Malaysia iaitu rakyat, pemerintah dan pelaksana. Cabaran pertama ialah rakyat. Beliau menegaskan bahawa rakyat mestilah memahami perbezaan antara makliumat dan pengetahuan, kefahaman dan kebijaksanaan. Selain itu, beliau ada juga menyebut tentang punca perbezaan fundamental yang terbahagi kepada tiga iaitu sekularisme, pluralisme dan liberalism tetapi member penegasan terhadap secularism.

Cabaran kedua ialah pemerintah. Beliau menyentuh sedikit sebanyak tentang bidangkuasa Pusat dan Negeri (perlembagaan) dan Penyelarasan, Kuasa Sultan sebagai Ketua Agama Negeri, Kedudukan Majlis Agama Islam Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri. Sebagai contoh keputusan yang dibuat oleh Kabinet dalam agama anak selepas pemelukan Ialam.

Selain itu, campurtangan dan imej Islam dalam kes Kartika yang masih tertangguh sehingga kini. Kerjasama dengan pihak polis adalah sangat diperlukan sepertimana jawatan Ketua Polis Negeri sebagai ahli dalam Majlis Agama Islam Negeri.

Seterusnya, cabaran ketiga iaitu penguatkuasa. Beliau menyatakan bahawa kekurangan latihan dalam pendakwaan yang menyebabkan kes-kes yang sukar seperti kes Kahar (rasul Melayu), kes Ayah Pin (kerajaan Langit) dan kes Rufaqa’ tergendala. Pihak-pihak berkuasa mestilah meningkatakan latihan dari segi tangkapan, siasatan, pembuktian dan hubungan dalam pendakwaan.

Pada jam 10.00 pagi hingga 11.15 pagi, program Wacana 1 tentang “Isu Sebatan Kartika:Islam vs Sekular” telah disampaikan oleh dua panel iaitu Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Abd Majid dari Universiti Malaya dan Ustaz Azlan bin Abdul Rahman, Pegawai Jabatan Mufti Pahang.

Apa yang dapat saya simpulkan adalah terdapat tiga bentuk hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan jenayah syariah iaitu penjara, denda dan sebatan. Hukuman penjara biasanya dikenakan kepada pesaklah tidak melebihi tiga tahun. Bagi pesalah yang gagal membayar denda juga turut dikenakan hukuman penjara manakala bagi hukuman denda jumlah denda dikenakan di antara seribu ringgit hingga lima ribu ringgit. Hukuman sebat pula dikenakan kepada pesalah yang melakukan jenayah syariah seperti zina, sumbang mahram, liwat, minum arak dan sebagainya.

Kedua-dua ahli panel tidak menyentuh tentang Isu Sebatan Kartika semata-mata tetapi secara menyeluruh di mana mereka menyebut bahwa sebatan ini terbahagi kepada dua jenis sebatan iaitu sebatan syariah dan sebatan sivil. Kedua sebatan ini adalah berbeza. Objektif hukum jenayah Islam ialah sebagai pembalasan dan langkah pencegahan agar penjenayah berasa serik dan insaf seterusnya agar masyarakat gerun untuk melakukan jenayah. Selain itu, ia adalah sekadar untuk pemulihan dan melahirkan keinsafan terhadap pesalah dan masyarakat.

Terdapat beberapa perbezaan antara undang-undang jenayah Islam dan Sivil. Undang-undang Islam bersumberkan wahyu Allah iaitu dari Al-Quran, hadis, ijtihad dan fatwa ulama. Ia mengutamakan aspek pencegahan seperti sebat dan rejam bagi kesalahan zina untuk menggerunkan masyarakat tetapi pensabitannya mestilah ada empat orang saksi. Menekankan konsep amar makruf nahi mungkar dan bersifat Rabbani iaitu mendidik dan mengajar.

Manakala undang-undang sivil adalah ciptaan manusia yang sering berubah-ubah dan tidak berkaitan dengan soal iman dan akidah. Ia lebih bersifat kepada aspek penguatkuasaan undang-undang dan tidak bersifat insaniah (ISA).

Ahli panel yang kedua iaitu Ustaz Azlan ada menyebut tentang kaedah pelaksanaan hukuman sebat. Yang pertama ialah alat sebat. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.

Kedua, jika pesalah itu hamil hukuman mestilah dilakukan selepas 2 bulan dia melahirkan anak. Seterusnya, sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. Pesalah lelaki bisebat berdiri manakal perempuan disebat dalam keadaan duduk. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat tidak boleh mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah, Pegawai Perubatan Kesihatan hendaklah memperakukan sama ada pesalah masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan. Selepas itu, tayangan slaid sebatan telah dipertontonkan kepada hadirin yang hadir.

Pada jam 11.15 pagi hingga 12.15 tengahari, program Wacana 2 iaitu “Strategi Ummah Menangani Tentangan”. Antara finalis yang terlibat ialah Tuan Haji Ahmad Zaki bin Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIS, Tuan Haji Abdul Halem bin Salihin, Timbalan Setiausaha MAIS, dan Ustazah Hazlina binti Abd Razak.

Antara perkara yang dibahaskan ialah bagaimana masyarakat pada masa kini menangani tentangan yang mencabar. Adakah mengikut landasan-landasan yang betul atau bertindak mengikut nafsu semata-mata. Ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina binti Abd Razak sangat menarik perhatian saya apabila beliau menyatakan perkara-perkara yang dilarang oleh agama dan boleh memudaratkan diri dalam bahasa jawa. Ceramah yang disampaikan sangat berkesan dan boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan kita seharian.

Pada jam 12.15 hingga 12.30 tengahari, Pembentangan Resolusi oleh Tuan Haji Ahmad Zaki bin Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah. Seterusnya pada jam 12.30 hingga 1.00 petang, ucapan perasmian dan penutupan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS. Beliau menyatakan beberapa cadangan yang membina untuk terus menganjurkan program yang seumpama ini untuk membina generasi ummah yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa hadapan. Beliau juga menyatakan agar golongan-golongan belia mampu dan suka untuk menghadiri majlis agama seperti ini.

Akhir sekali, pada jam 1.00 petang majlis bersurai dan para hadirin yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan makan tengahari.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

NOR AQLIAH BINTI ARIFIN,

Aktivis GPTD UNISEL.

Monday, October 5, 2009

Bahasa baruku...!!

Baa kaba..
Lai sehat-sehat se den nyo..
........................

paham tak..?huhu
Kisah bermula pada hari Ahad 4 Okt 2009. Bangun seawal-awalnya sebab tidak mahu terlambat untuk temu janji ke kelas minang. Eh, tunggu dulu!ini bukan kelas menari tau tapi kelas bahasa Minangkabau. Erm,menarik bukan?hex3. Banyak kejadian yang mencuit hati sepanjang kelas tersebut.

Kelas bermula pada pukul 10 pagi dan dihadiri oleh beberapa orang aktivis. Kami diajar oleh Miss Tuti yang memang berasal daripada Padang, Indonesia. Kami diberitahu tentang asal usul perkataan Minangkabau. Minang berasal daripada perkataan menang dan kabau itu berasal dari perkataan kerbau. Orang pada zaman dahulu suka bertaruh kekuatan dengan kerbau masing-masing. Bagi mereka kerbau itu melambangkan kekuatan. Nak dijadikan cerita, ada puak berada yang bertaruh kekuatan dengan puak sederhana. Jadi mereka menghantar seekor kerbau besar yang bertanduk tetapi tanduknya "dipotong". Malangnya, puak yang sederhana hanya mampu menghantar seekor kerbau yang kecil je. Then, pertarungan pun bermula dan apa yang memeranjatkan ialah kerbau yang kecil itu telah berjaya mengalahkan kerbau yang besar itu dengan menanduk di bahagian perutnya. Ada yang mengatakan bahawa kerbau kecil itu menyangka kerbau besar itu emaknya. Oleh kerana mereka menang besar hari itu maka, dari situ lah lahirnya perkataan minangkabau. Itulah serba sedikit yang saya tahu.

Now, masa yang di tunggu-tunggu telah pun tiba. Belajar bahasa!! hatiku melonjak kegirangan. Bahasanya pada pendengaran sangat melucukan tetapi pada masa yang sama sangat mengujakan. Kami hanya belajar ayat-ayat basic yang digunakan dalam seharian. Contohnya, bara kaadaan nak rang disinan yang bermaksud bagaiman keadaan mereka di sana. Itu jela ek yang dapat di beritahu ye. Maybe len kali pulak. Kelas kami pada hari itu tamat pada pukul 5 petang. Situasi pada pembelajaran hari itu akan sentiasa tersemat di minda dan semoga apa yang kami belajar pada hari itu dapat di praktikkan dalam kehidupan yang akan mendatang.


Sunday, October 4, 2009

untuk hati-hati yang belum mengerti apa itu C.I.N.T.A

Cinta yang suci ibarat hujan yang menitis dari langit. Kadangkala ia lebat dan kadangkala sekadar gerimis. Yang berteduh di bawahnya akan kebasahan. Walau cuba dielak akan tetap terkena biasannya. Hati, ibarat bumi yang tidak pernah sunyi disirami hujan. Jika tanah hati kekeringan, hujan cinta akan menjadi penyegarnya. Jika tanah hati ketandusan, cinta penyejuknya. Jika tanah hati kegersangan, cinta penyuburnya. Tanpa cinta, hati akan kering dan merekah kepijaran. Cinta yang suci itu akan menghidupkan dan menyuburkan kekuatan dalam jiwa.